Untuk entry pertama saya mengenai pengalaman percutian di sabah, pengembaraan kita bermula di kota kinabalu iaitu ke destinasi pilihan pertama Muzium Sabah .Muzium sabah yang terletak di Bukit Istana Lama di Kota Kinabalu. Seperti yang difahami oleh saya Muzium sabah merupakan muzium terbesar daripada beberapa banyak muzium di Sabah. Kompleks bangunan yang dibina pada tahun 1985 ini,mengandungi Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Misi utama muzium ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul, memelihara dan memulihara dokumen etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik, seni-sejarah, botani, koleksi zoologi dan mineralogi dari seluruh negeri, dan bagi menjalankan penyelidikan tentang pentingnya bagi mengetahui sejarah negeri ini, budaya, dan sejarah sosial.
(gambar sekadar hiasan semata-mata)
Mercu tanda Muzium Sabah,salah satu port wajib bergambar, sambil buat muka comel
Apa yang menarik ada di sini ialah di dalam kawasan muzium ini dibahagikan kepada beberapa Kompleks lain, antaranya Bangunan Utama, Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Tapi sayang sebab saya sampai ke muzium agak lewat, jadi tidak berkesempatan untuk melawat keseluruhan pameran yang ada.
Tiket berharga RM2 bagi warganegara Malaysia dan RM15 untuk warganegara asing. Bagi warganegara yang berumur 55 tahun keatas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, pelawat kurang upaya dan pelajar berpakaian seragam atau kad pelajar adalah PERCUMA. Tapi sayang masa saya pergi tidak ramai warga tempatan yang ada, kebanyakan yang saya jumpa di dalam muzium warga asing. mungkin sebab orang Malaysia sudah *pro* dengan sejarah mereka sendiri, jadi agak tidak berminat hendak mengunjung tempat yang berilmiah seperti ini.
Seingat saya di bagunan utama sahaja, pelbagai pameran disediakan meliputi aspek budaya, Sejarah Semula jadi, Tembikar, Etnografi pameran Arkeologi, Senjata tradisional dan busana Di dalam Muzium ini juga menempatkan instrumen muzik, dan peralatan ritual. Saya kurang pasti muzium ini mempunyai beberapa tingkat bagunan tapi yang pasti ini antara muzium yang terbesar pernah saya lawati, tidak termasuk ke bahagian lain seperti di kawasan Pusat Sains dan Pendidikan, Kampung Budaya, Galeri Seni Lukis Sabah, Muzium Tamadun Islam, bayangkan berapa besar keluasan Keseluruhan muzium ini.
(gambar sekadar hiasan semata-mata)
Bahagian yang paling best untuk dilawati di bahagian peralatan ritual dan senjata, pelbagai bentuk dan saiz tengkorak boleh didapati dan disini juga, anda berpeluang untuk mempelajari adat dan budaya kaum-kaum yang terdapat di sabah. Bayangkanlah berapa banyak kaum yang ada di sabah, jadi pelbagai sejarah dan info boleh dibaca, memang menarik. Selain itu bahagian adat istiadat pun menarik, sebab di situ ada banyak info dan koleksi keranda serta cara penyemadian kematian sesuatu kaum, Bayangkan dia punya prop, sekali dengan punya lighting dan sound efect, kalau masuk seorang-seorang memang seram la, memang rasa feel lain macam, rasa macam ada benda perhatikan kita!. Tapi sayang di dalam muzium kita dilarang untuk mengambil gambar, kalau tidak memang saya kongsikan gambar-gambar artifak yang menarik yang ada di muzium utama.
Disekitar muzium jugak banyak dipamerkan kenderaan antik, seperti motosikal dan kereta lama, jangan terkejut Kereta Volkswagen kuning yang menghantui pengguna lebuhraya karak pun ada dipamerkan.Yang sempat bergambar klon dalam versi warna merah. Selain itu dipamerkan jugak bahagian-bahagian tertentu kereta api terpakai.
Sebenarnya ramai yang berfikiran yang muzium adalah tempat yang membosankan! dan saya akuimuzium memang tempat yang *boring* tapi ia bergantung kepada jenis muzium yang anda pergi dan apa yang dipamerkan, macam saya memang agak minat mengenai sejarah adat dan budaya sesuatu kaum, jadi bagi saya melawat ke muzium sabah memang melebihi jangkaan saya ,kerana pameran yang ditunjukkan memang menarik untuk dilawati dan dihayati. Ketika saya melawat, ada kelihatan rangka ikan paus yang telah diawetkan di pintu masuk utama, subhannallah memang sangat besar, itu pertama kali saya melihat rangka ikan paus, bayangkan kalau rangka pun sudah besar ini kan pula kalau lihat ikan paus yang hidup-hidup.

(gambar sekadar hiasan semata-mata)
(gambar sekadar hiasan semata-mata)
Ok seterusnya kita pergi ke lokasi yang lain yang ada di dalam muzium sabah iaitu di kampung warisan, apa yang menarik di sini kita berpeluang untuk memasuki dan menyaksikan sendiri kepelbagaian rumah tradisional daripada pelbagai kumpulan etnik suku kaum di Sabah. Jadi tak perlulah kita pergi ke setiap daerah di sabah untuk melihat eknik-etnik yang ada di sabah, berkunjung ke kampung warisan pun sudah mencukupi untuk mempelajari budaya dan mengetahui info mengenai kaum-kaum yang ada di sabah.
Apa yang menarik di sini, kita dibenarkan untuk mengambil gambar, jadi bagi yang suka mengambil gambar pastikan bateri kamera anda penuh, sebab pemandangan di kampung warisan memang menarik. Rumah-rumak etnik yang dibina mengelingini tasik buatan dan ada juga dibina sekitar bukit yang ada, memang cantik, jadi ketika anda berjalan-jalan di sekitar, tidaklah terasa bosan semata-mata melihat rumah-rumah pameran yang disediakan. Pastikan anda berjalan mengikut anak panah yang disediakan untuk memastikan anda tidak miss untuk melawat setiap rumah etnik yang dipamerkan. Info yang diberi tahu kepada saya kegiatan seharian yang dilakukan sesuatu kaum dijalankan di sini, jadi kita boleh tahu bagaimana peralatan yang ada digunakan, tapi itu semua bergantung kepada nasib anda.
Dibawah ini saya kongsikan gambar-gambar yang menarik di sekitar
KAMPUNG BUDAYA, MUZIUM SABAH, MALAYSIA.
(gambar sekadar hiasan semata-mata)
Kebanyakan rumah etnik yang dipamerkan dikelilingi oleh tasik, pemandangan yang cantik, rasa bila nak kawin nak shoot dekat sini, *tetiba* nampaknya calon kena orang sabah bah : P

(gambar sekadar hiasan semata-mata)

(gambar sekadar hiasan semata-mata)
Yang gambar belakang sampan, itu rumah cina yang ada tanglong dekat pintu.
(gambar sekadar hiasan semata-mata)
Yang ini pula rumah daripada suku kaum Lotud
(gambar sekadar hiasan semata-mata)
Yang ini pulak contoh rumah daripada suku kaum bonggi, salah satu kaum etnik yang ada di Sabah.
Di sekitar kampung warisan memang menarik untuk dilawati dan disamping itu anda dapat mempelajari sejarah serta mengetahui info terbaru dalam keadaan tidak sedar, saya tahu ramai yang kurang meminati sejarah, termasuk saya. Sambil kita melawat, seronok-seronok bergambar, mesti kita membaca penerangan yang ditulis mengenai sejarah bahan yang dipameran dan dengan sengaja kita akan mempelajari ilmu baru: P
Antara rumah kaum etnik yang dipamerkan ialah rumah kaum Bajau, Bisaya, Bonggi, Murud, Iranum, Brunei, Cina dan pelbagai lagi etnik yang ada di Negeri Sabah Di Bawah Bayu. Jadi memang tidak rugi datang melawat, alang-alang sudah sampai ke sabah, listkan Muzium Negeri sabah salah satu destinasi wajib dilawati di sabah, sudahlah tiket masuk murah dan banyak informasi sejarah boleh diperolehi *Nampak tak ayat macam ayat skema ejen perlancongan* But it true, sabah memang best and awesome place!
Ok sampai di sini sahaja pengembaraan kita di Muzium Negeri Sabah, nanti saya akan updatekan dari semasa ke semasa tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Bumi Sabah, seperti di Kundasang, Desa Castle, Kinabalu Park, Poring Hot spring dan tempat menarik yang lain. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya ada kesalahan info, semua ini ditulis berdasarkan pengalaman dan cacatan saya.
P/s: Rasanya sudah lama saya tidak menulis entry berkaitan dengan percutian, memang seronok dapat bercuti tambah-tambah dengan keluarga atau kawan-kawan, kalau diberi pilihan untuk bekerja dalam bidang apa, semestinya saya akan memilih dalam bidang perlancongan. Sudahlah dapat melawat ke tempat baru, berkenalan dan mempelajari sesuatu yang tidak dijangkakan. Rasa macam nak kerja dengan travel agensi pulak, doakan semoga rezeki saya ke arah itu ya!. Rancanglah percutian anda dengan bijak dan selamat bercuti semua! :P