Sabah Trip: Ladang Tea Sabah, Nalapak, Ranau, Sabah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entry kali ini adalah sambungan pemgembaraan ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu, sebelum ini kita telah mengembara ke Muzium Sabah, di Kota Kinabalu & Poring Hot Spring di Ranau, sabah dan sila klik link di bawah untuk membaca entry yang terdahulu
Untuk entry edisi pengembaraan kita di bumi sabah, saya akan membawa anda semua melawat ke satu lagi destinasi perlancongan yang tidak kurang popular juga di daerah Ranau, iaitu Ladang tea sabah / sabah tea garden. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah anda boleh melawat ladang tea organik, melihat cara tea diproses di kilang, membeli cenderahati terutama produk berasakan tea & menjamu salera di cafe yang disediakan.
Tanggapan pertama saya sebelum datang ke sini, membayangkan ladang tea sabah sejuk seperti Cameron Highland, sangkaan saya salah, cuaca di sini panas dan tidak sejuk seperti Kundasang, pemandangan cantik berlatar belakangkan gunung kinabalu, sekiranya anda penggemar tea dan ingin tahu bagaimana cara tea diproses, anda digalakkan untuk mengunjungi kawasan ini, tapi sekiranya datang teringin nak photoshoot gambar, macam di majalah Mempelam ataupun bergambar seperti Rozita che wan & Zain saidin, pemandangan yang ditawarkan *just ok*
Sedikit Info Mengenai Ladang Tea Sabah
- Ladang teh Sabah terletak di kampung Nalapak dalam daerah Ranau iaitu kira-kira 120 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.
- Lokasi ladang teh ini berada di laluan lebuhraya di antara Telupid - Ranau iaitu selepas persimpangan ke Poring Hot Spring.
- Ladang teh ini berada di ketinggian 2,272 kaki daripada aras laut dengan keluasan ladang sebesar 6,200 ekar.
- Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Garden) adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik di kepulauan Borneo.
- Masa operasi adalah antara jam 8 pagi hingga 4 petang. Masuk adalah percuma tetapi lawatan ke kilang teh dikenakan bayaran RM10 / 13 seorang *Kadar bayaran saya tidak pasti*
sejuk mata memandang, rasa seperti bersatu dengan alam semula jadi, di atas antara pemandangan di sekitar ladang tea sabah, bagi sesiapa yang belum pernah sentuh daun tea yang fresh, teringin nak lihat sendiri macam mana rupa dan ingin menghidu bau daun tea, bolehlah datang ke sini.
Bagi yang berminat untuk mngetahui cara pemprosesan teh, anda boleh melawat kilang yang berhampiran untuk melihat cara-cara penghasilan tea daripada cara daun dipetik, dibersihkan, digredkan, diproses serta cara pembungkusan untuk melihat seluruh operasi dijalankan bayaran dikenakan.
Rupa daun tea segar yang baru dipetik, diasingkan mengikut gred, bau daun ini wangi *muka kebosanan ? ataupun tengah berfikir betul ke ni daun tea, terujanya! sambil reaksi muka menunjukkan keterujaan!*
Inilah rupa daun tea yang sudah siap diproses menjadi serbuk, tunggu untuk dibungkus.
Bahagian pembungkusan, serbuk tea yang sudah siap di proses, maka jadilah tea jenama teh sabah yang dijual di pasaraya berdekatan dengan rumah anda. Gambar di bawah menunjukkan cara bagaimana tea dihasilkan, so kepada adik-adik yang membuat kajian mengenai penghasilan serbuk tea, boleh copy step-step di bawah dan jangan lupa creditkan kepada blog ini ya :P
Sangat gembira dapat mengetahui info mengenai Tea, sambil itu bergambar dengan memegangan produk keluaran sabah tea! dengan harapan pihak pengurusan akan memberi diskaun :P
Di situ juga, berpeluang untuk melihat produk-produk yang dihasilkan oleh ladang tea sabah, disertakan juga koleksi produk tea yang ada di negara lain pelbagai bentuk dan warna sangat menarik, Selain itu ditunjukkan juga demo bagaimana cara untuk mengenal tea diperbuat daripada daun organik atau tidak, jenis-jenis tea yang dicampur dengan bahan lain, dan pelbagai lagi. Sebenarnya penerangan cara penghasilan tea, diberikan agak membosankan dan terlalu lama, tambah-tambah saya yang merakam terpaksalah dengar penerangan A-Z but it very good information for exra knowladge about Tea!
Hari saya datang melawat, pengunjung agak ramai, jadi selepas berjam mendengar penerangan mengenai cara penghasilan tea, sejarah tea, melihat cara pembungkusan tea, all about tea!, turut juga disediakan kafe untuk pengunjung menjamu selera yang menyajikan penkek teh dan teh tarik berperisa pandan yang popular dikalangan pengunjung dan Jangan lupa singgah di kedai yang menjual pelbagai produk keluaran dari Sabah Tea Garden terutama Tea Sabah, sebagi ole-ole harga yang dijual agak murah berbanding harga di pasaraya.
Maklumat tambahan
- Lawatan ke ladang teh merupakan satu pengalaman yang memberikan pengetahuan dan menyeronokkan kerana seseorang akan melalui pelbagai aktiviti riadah seperti menyeberangi laluan berhalangan di Kawasan Rekreasi Sapaon, meredah trek laluan ke Bukit Kamunsu atau meredah malam untuk menyaksikan sendiri kehidupan unik serangga
- Anda disarankan untuk memilih pakej 2 hari 1 malam, Cabaran Teh Sabah, yang menyelitkan lawatan ke ladang dan kilang teh, kursus asas kemahiran kemandirian di hutan, Mengenali sungai dan kaedah untuk menyeberangi sungai dengan selamat dan latihan berhalangan. Pakej ini telah dianugerahi Program Pelancongan Terbaik (Pendidikan) dalam Majlis Anugerah Pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur.
- Pelawat boleh memilih sama ada menginap di rumah panjang tradisional, banglo mewah atau berkhemah di bawah kerdipan bintang malam. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah bilik seminar, restoran, kedai cenderamata, padang bola dan lapangan tenis
sumber: Sabah Gov
Muka keletihan akibat panas, sambil menikmati keindahan
Ok sampai disini sahaja entry kali ini untuk pengembaraan di Ladang Tea Sabah, jangan risau lepas ini masih banyak sambungan pengembaraan di bumi sabah *saya paham anda bosan dengan entry sebegini tambah-tambah setiap entry dipenuhi dengan gambar pemilik blog! saya paham dengan kekecewaan anda! tolong bersabar ok, cuma lagi berapa entry saja lagi :P* jadi bagi anda yang merancang untuk datang di sini beli dulu tea sabah, rasa dan ambil feel, bila datang disini baru tahu berapa rumitnya untuk menghasilkan sepeket tea yang selalu kita minum.
P/s:Ladang Teh Sabah (Sabah Tea Garden) adalah merupakan satu-satunya ladang teh organik di kepulauan Borneo. Kunjungan ke sini dapat memberikan pengunjung pengetahuan dan pengalaman mengenai perusahaan pembuatan teh, Menarik kan? jadi masukkan sabah tea garden sebagai salah list kunjugan anda di negeri sabah & bagi anda yang belum baca pengalaman percutian saya yang lalu bolehlah klik di atas ruangan Travel. Terima kasih.
(SEMUA GAMBAR DALAM ARTIKEL INI ADALAH SEKADAR HIASAN)

No comments:
Post a Comment